• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Home
  • Corporate
  • Client Charter
  • MAIPK News

MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG MAIPk TAHUN PENILAIAN 2025

IPOH, 3 April 2026 – Seramai 30 orang warga kerja Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) telah diraikan dalam Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun penilaian 2025 yang berlangsung di Kompleks Islam Darul Ridzuan.

Majlis berprestij ini telah disempurnakan oleh Yang Dipertua MAIPk, YABhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd. Annuar bin Zaini, yang turut menyampaikan sijil penghargaan kepada para penerima sebagai simbol pengiktirafan terhadap kecemerlangan prestasi kerja, komitmen serta dedikasi tinggi dalam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan.

Penganjuran majlis seumpama ini diharapkan menyuntik semangat dan motivasi kepada seluruh warga kerja MAIPk untuk mempertingkatkan mutu perkhidmatan, di samping mengekalkan budaya kerja cemerlang dan berintegriti sekali gus mampu memperkukuh kepercayaan masyarakat terhadap MAIPk sebagai institusi yang berperanan penting dalam pengurusan zakat dan wakaf di Negeri Perak.


MANFAAT WAKAF, PAHALA TANPA HENTI

Hasil kutipan daripada tanah Wakaf Saraan Negeri Perak disalurkan secara berterusan bagi memberi manfaat kepada ummah, merangkumi masjid, surau, sekolah agama rakyat serta pengurusan tanah perkuburan.

Setiap sumbangan wakaf bukan sekadar pemberian, tetapi satu amanah yang terus mengalirkan keberkatan walaupun pewakaf telah tiada.
Ayuh berwakaf hari ini.

Imbas kod QR dan gandakan pahala anda.


ZIARAH SYAWAL SKUAD PRIHATIN ASNAF MAIPk ZON UTARA

TAIPING, 1 April 2026 – Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) melalui Skuad Prihatin Asnaf Zon Utara telah mengadakan ziarah ke rumah seorang asnaf di Kampung Jelapang Jaya, Simpang bagi menyantuni golongan asnaf secara lebih dekat dan memastikan kebajikan golongan asnaf sentiasa terbela.

Lawatan tersebut melibatkan Encik Abdul Ghani bin Sulaiman yang menghidap penyakit kencing manis kronik sejak Disember 2025 dan isteri beliau turut mengalami masalah penglihatan akibat penyakit yang sama.

Prihatin dengan keadaan tersebut, MAIPk Cawangan Taiping telah mengambil tindakan segera dengan menyalurkan Bantuan Kecemasan secara sekali gus sebanyak RM500 yang telah disampaikan oleh Pengurus Besar MAIPk Zon Utara, Encik Mohd Saufi bin Ibrahim.

Selain itu, MAIPk turut meluluskan Bantuan Kewangan Bulanan sebanyak RM400 bagi meringankan beban perbelanjaan harian keluarga tersebut dan meluluskan Bantuan Perubatan bagi pembelian kerusi roda. Semoga bantuan yang disalurkan ini dapat mengurangkan beban yang ditanggung oleh Encik Abdul Ghani dan keluarga.


.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.