• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

MAIPk BINA RUMAH BAHARU DI SELINSING

SEMANGGOL, 11 Julai 2025 – Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) Cawangan Bagan Serai terus komited membantu meningkatkan taraf hidup golongan asnaf dengan menyediakan kediaman yang selesa dan selamat. Terbaharu, MAIPk membina rumah baharu kepada Asmah binti Ramli, 65 tahun, yang beralamat di Parit 3, Selinsing, Semanggol.Beliau juga merupakan penerima bantuan kewangan bulanan MAIPk.

Penyerahan bantuan ini telah disempurnakan oleh Pengurus Besar Zon Utara, Mohd Saufi bin Ibrahim yang turut meluangkan masa menziarahi dan menyantuni keluarga penerima. Dalam kunjungan tersebut, beliau menyatakan bahawa MAIPk akan terus berusaha memastikan kebajikan golongan asnaf sentiasa terbela dan tidak terpinggir.

MAIPk percaya bahawa kemudahan tempat tinggal yang kondusif merupakan elemen penting dalam memperkasakan kehidupan asnaf, selaras dengan matlamat untuk memperteguh syariat dan melestari adat demi kesejahteraan ummah.



.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.