• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • PROGRAM MESRA HARI BERTEMU PELANGGAN KERAJAAN NEGERI PERAK SIRI 3/2025

PROGRAM MESRA HARI BERTEMU PELANGGAN KERAJAAN NEGERI PERAK SIRI 3/2025

BATU GAJAH, 26 Mei 2025 – Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak Siri 3/2025 sedang berlangsung di Dewan Bandaran Kinta, Batu Gajah. Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Strategik, Sekretariat dan Adat Melayu, Munawir bin Mohamed Noh turut hadir bagi menyantuni para pelanggan serta mendengar sendiri pandangan dan maklum balas yang dikongsikan.

Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk menjadi mata dan telinga masyarakat dalam menyalurkan maklumat berkaitan golongan asnaf yang memerlukan bantuan. MAIPk juga komited dalam menyelesaikan isu-isu berkaitan wakaf serta menggalakkan masyarakat untuk bersama-sama menghidupkan amalan berwakaf demi kebaikan dan manfaat bersama.

Semoga dengan keprihatinan dan sokongan semua pihak, tiada yang terpinggir daripada menerima bantuan yang sewajarnya, dan potensi wakaf dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk kesejahteraan ummah.




.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.