DESA KE MENARA GADING
Isnin, 5 Mei 2025, MAIPk telah mengadakan Kaunter Zakat di Sekolah Menengah Raja Dr. Nazrin Shah (SARJANA).
Sepanjang sesi berlangsung, pelbagai persoalan berkaitan zakat dan wakaf telah diajukan dan dijawab oleh kakitangan MAIPk.
Penjelasan yang diberikan diharap dapat merungkai kekeliruan serta memberikan pencerahan kepada para pendidik mengenai kefarduan zakat dan manfaat wakaf.
Menariknya, salah seorang guru berkongsi kisah inspirasi—beliau pernah menerima Bantuan Dermasiswa MAIPk pada tahun 2010, yang membolehkan beliau menjejakkan kaki ke Mesir bagi melanjutkan pelajaran.
Kini, beliau menjadi antara pembayar zakat tegar, dengan harapan untuk membantu lebih ramai pelajar berpotensi menggapai impian mereka menimba ilmu di bumi Anbiya’.
MAIPk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak SARJANA atas sambutan mesra dan kerjasama yang diberikan.
Semoga seluruh warga pendidik sentiasa berada dalam rahmat dan lindungan Allah SWT.
Video : Desa Ke Menara Gading
Video : Desa Ke Menara Gading
