BERSAMA PPD KERIAN : DIDIK JIWA, SUBUR BERKAT!


Alhamdulillah MAIPk diberi peluang untuk membuka kaunter zakat dan wakaf tunai di PPD Kerian. Seawal pagi, warga pendidik dan kakitangan hadir untuk menunaikan zakat, memanfaatkan kemudahan yang dibawa terus ke lokasi mereka.
Ramai yang mengambil kesempatan bukan sekadar untuk menunaikan zakat, tetapi juga untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan agihan dan jenis-jenis zakat.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua yang terlibat.
Semoga zakat yang ditunaikan menjadi pembersih harta dan membawa keberkatan dalam kehidupan. MAIPk akan terus komited untuk turun padang dan mendekati masyarakat melalui inisiatif seperti ini.
Teruskan menyokong usaha bersama demi kebaikan dan kesejahteraan ummah.

Video : Bersama PPD Kerian: Didik Jiwa, Subur Berkat